can U click me ?

Sini Best Jugak

16 August 2011

Jangan Ikut Aku -Ceritera


     Suatu hari, seorang wanita bernama Ayu sedang mendengar lagu kegemarannya sambil berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi berdekatan rumahnya. Sedang dia tengah berjoging dia terasa dirinya sedang diekori seseorang dari belakang. Semasa dia menoleh dia nampak sorang lelaki sedang mengekorinya.

 Ayu yang sedang joging mula cemas apabila seorang lelaki mengekorinya.

     Bimbang sekiranya berlaku perkara buruk terjadi kepadanya, dia pun mula berlari anak yang disusuli dengan lari sepantas Usain Bolt (dalam fikirannya sahaja) kerana lelaki tersebut masih mengekorinya. Disebabkan terlalu letih melarikan dirinya Ayu terpaksa memperlahankan lariannya. Apabila ditoleh ke belakang lelaki tersebut masih mengekorinya.

 
Adakah larian Ayu selaju Usain Bolt???
 
     Disebabkan tidak tahan diekori dan latih berlari menyebabkan Ayu menjerit meminta pertolongan. Terkejut dengan tindakan Ayu lelaki tersebut menerkam Ayu dan menutup mulutnya lalu menariknya ke dalam semak berhampiran. Ayu yang ketakutan mula berfikir yang bukan-bukan, lelaki tersebut menyuruh Ayu diam kerana dia tidak ingin mengapa-apakan Ayu. Setelah Ayu bertenang lelaki tersebut memberitahu Ayu bahawa dia merupakan pekerja zoo yang ingin menangkap harimau bintang yang baru sahaja terlepas dari zoo.

adakah ini harimau bintang yang terlepas dari zoo tersebut???

     Harimau bintang yang terlepas itu baru sahaja dilihat di taman rekreasi itu dan arahan telah dikeluarkan agar orang ramai mengosongkan taman tersebut. Ketakutan Ayu yang sedang mereda kini kembali. Lelaki tersebut kemudiannya membawa Ayu keluar dari taman permainan tersebut dengan selamat. Ayu berasa sangat bersalah kepada lelaki tersebut meminta maaf kepadanya dan berterima kasih kerana menyelamatkannya.

     Beberapa hari kemudian, Ayu terbaca di akhbar yang mengatakan harimau bintang yang terlepas dari zoo telah berjaya ditangkap dan mayat seorang pekerja zoo yang dibaham harimau bintang tersebut dijumpai berhampiran dengan lokasi harimau tersebut ditangkap. Akan tetapi yang mengejutkan Ayu ialah gambar pekerja zoo yang meninggal itu mirip dengan lelaki yang menyelamatkannya.
   
     Persoalan mula timbul di fikiran Ayu kerana hasil bedah siasat mengatakan lelaki tersebut telah meninggal selama seminggu sebelum dijumpai manakala dia diselamatkan lelaki tersebut cuma baru beberapa hari. Adakah lelaki yang menyelamatkannya manusia atau …..

Post a Comment

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads