Semasa dalam perjalanan balik ke kedai setelah menghantar perabot. Aku yang sedang leka melihat pemandangan Pekan Batu Enam yang indah dari dalam lori pikap putih bertemankan tauke yang sedang memandu di sebelahku tiba-tiba terpandang ke langit dan terlihat wau a.k.a layang-layang berterbangan di dada langit. Walaupun boleh dibilang dengan jari dan tidak sebanyak dahulu, tetapi masih ada lagi anak-anak muda yang meneruskan tradisi bermain wau ini.
wau yang biasa dilihat dahulu
wau sekarang
Aku terus tenggelam dalam khayalanku dan membawaku ke zaman kanak-kanakku. Dahulu semasa masih ada warga kampung yang mengusahakan sawah padi di belakang rumahku, aku sering menaikkan wau sekiranya musim bermain wau telah datang. Bertemankan Tok Ki, Tok Mek, dan mereka yang sekepala denganku pastinya ruang udara kampungku dipenuhi dengan pelbagai jenis wau tidak kira wau bulan, wau kucing, wau puyuh dan sebagainya. Tetapi sekarang sawah padi telah bertukar menjadi hutan lalang kerana tidak lagi diusahakan. Begitu juga dengan semangat orang kampungku. Peredaran zaman menyebabkan tradisi ini semakin dilupai. Saban tahun bilangan wau di langit semakin sedikit. Entah berapa lama lagi tradisi ini dapat bertahan. Jadi adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini?
No comments:
Post a Comment