Namaku Doin a.k.a Don. Aku bukanlah jejaka pilihan wanita seluruh dunia tapi aku akui yang aku mempunyai aset yang penting bagi sorang lelaki iaitu wajah yang handsome. Walaupun ramai cikaro-cikaro diluar sana yang inginkan aku sebagai pakwe diorang tetapi tidakku layan.
Hal ini kerana, aku sudah ada awek yang cun giler. Aku memang bangga kerana dalam banyak-banyak lelaki kat planet bumi ni dia pilih aku jadi boyfrend dia. Kalau aku sebut nama dia mesti korang tak percaya sebab awekku itu adalah Lisa Surihani. Korang jangan nak kata aku tipu atau jeles dengan aku kerana inilah realitinya Lisa Surihani tu awekku.
Jadi korang mesti nak tahu macam mana Lisa boleh jadi kekasih aku kan? Disebabkan ceritanya panjang maka aku akan pendekkannya supaya korang tak bosan. Suatu hari tu aku tengah joging dekat taman rekreasi dekat dengan rumah aku tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menjerit minta tolong. Sebagai seorang lelaki yang baik hati pastinya aku pergi mencari tuan punya badan yang meminta tolong tadi dan setibanya aku di kawasan kejadian aku ternampak Lisa Surihani sedang dikacau sorang mamat psyko yang terlalu fanatik dengan Lisa.
Tanpa berfikir panjang aku terus menyerang mamat psyko tu dengan segala langkah silat yang pernah aku pelajari suatu masa dahulu. Disebabkan sudah lama silatku tidak dipraktikkan menyebabkan aku cedera agak teruk ditendang mamat psyko tu tapi aku berjaya mengalahkannya. Disebabkan peristiwa tersebut aku dapat berkenalan dengan Lisa dan lama-kelamaan hubungan kami menjadi lebih erat sehinggakan kepada kekasih dia. Aku berharap agar hubungan ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu.
Catatan: Ini merupakan nota seorang pesakit mental bernama Doin yang dijumpai oleh doktor yang merawatnya. Doin menjadi begini setelah dia ditnggalkan kekasihnya Lia Suriram yang agak mirip dengan Lisa Surihani.
cuba teka yang mana satu lia suriram....hehe
p/s: cerita ini hanya rekaan saye semata-mata, jangan terlalu percaya ye…
1 comment:
aku rasa mamat yang tulis cerita ni yang patut masuk wad gila...
Post a Comment