Aku
Aku adalah seorang lelaki yang dilahirkan dari keluarga yang berada. Segala kemahuanku dituruti oleh orang tuaku walaupun adakalanya aku meminta sesuatu yang mustahil mereka dapati. Apa yang menjadi kemuskilanku ialah bagaimana mereka memunaikan permintaanku itu kerana pernah suatu hari aku meminta mereka carikan ikan duyung dan mereka berjaya mencarinya dan wajah duyung itu mirip dengan Maya Baharim.
Dia
Dia pula merupakan seorang wanita yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri miskin yang menyara hidup dengan menjual mi sup di tepi jalan. Walaupun mereka hidup miskin tetapi mereka tidak pernah mengeluh dengan ketentuan hidup mereka. Dia seorang anak yang rajin menolong ibu bapanya berniaga mi sup. Disebabkan Dia cantik ini menyebabkan perniagaan mi sup keluarganya sangat laku dan ini membolehkan keluarganya dapat bertahan dengan keadaan hidup mereka yang serba daif itu. Jadi persoalannya apa kena mengena antara Aku, Dia dan Blender.
ini Dhia..harap maaf kerana identiti Dia terpaksa dirahsiakan
Blender
Suatu hari Aku telah singgah di sebuah warung kerana Aku telah dicabar rakanku untuk makan makanan orang biasa. Disebabkan Aku terbiasa makan di restoran bertaraf antarabangsa jadi dia telah order Spaghettini dan cappuccino. Disebabkan warung itu tidak dapat menyediakannya maka Aku mula naik angin kerana mereka hanya menjual mi sup sahaja.
Tiba-tiba semasa kekecohan di warung tersebut semakin teruk Dia datang dengan sebuah Blender dan meletakkanya di atas meja Aku. Dia memberitahu Aku bahawa itu adalah blender ajaib kerana segala hajat Aku akan Blender itu tunaikan. Tanpa berfikir panjang Aku terus meminta order yang dimintaku tadi. Akan tetapi Blender itu tidak mengeluarkan apa yang Aku pesan. Menyedari Aku telah diperbodohkan Aku terus pergi dari warung tersebut dan tidak pernah kembali ke warung itu lagi.
Moral of the story: janganlah kita jadi macam Aku.
adakah ini blender yang Dia telah gunakan untuk mengenakan Aku ?
No comments:
Post a Comment