Pagi itu hati Johan terasa sangat resah. Fikirannya bercelaru dan dia
terasa tidak keruan. Adakah dia perlu duduk di rumah sahaja dan membiarkan ibunya sahaja menjaga kedai runcitnya hari ini.
Akan tetapi setelah bertapa dan bernyanyi
lagu Siti Nurhaliza selama beberapa jam dalam bilik air, dia akhirnya
memutuskan untuk buka juga kedainya.
Johan memang minat giler kat Siti Nurhaliza--- >
Sesampainya di depan kedainya dia terlihat seorang perempuan di depan
kedainya. Perempuan itu kelihatan gelisah dan sebaik sahaja dia terlihat Johan
dia terus meluru kepadanya dan memintanya membaiki jamnya yang rosak kerana dia
telah terlewat untuk ke pejabat. Sebaik sahaja perempuan itu menyerahkan jam
tersebut dia terus berlari ke keretanya dan memecut laju meninggalkan
Johan yang kebingungan. Johan pelik memikirkan bagaimana caranya untuk dia
membaiki jam tersebut kerana dia bukannya pembaiki jam. Akhirnya dia menghantar
jam tersebut kepada kawannya yang merupakan pembaiki jam bersebelahan kedainya.
‘Agaknya perempuan itu ingatkan aku pekerja kedai jam ni’ kata Johan dalam hatinya.
Dia kemudiannya membuka kedainya dan meneruskan kerjanya seperti biasa.
Akan tetapi dalam dia melakukan kerjanya dia sering teringatkan wajah perempuan
itu. Ini kerana wajah perempuan itu agak menyerupai seorang perempuan yang
pernah dia minati semasa sekolah menengah dahulu. Tiba-tiba johan terdengar bunyi
bising dari kedai jam bersebelahan kedainya menyebabkan flashbacknya terhenti.
Dengan gaya seorang detektif, dia dengan berhati-hati mengintai ke dalam kedai
jam itu untuk mengatahui apa puncanya kekecohan tersebut.
Rupa-rupanya
perempuan yang meminta Johan membaiki jamnya yang rosak telah membuat kecoh.
Perempuan tersebut memarahi dan menuduh pembaiki jam tersebut menghilangkan
jamnya. Tiba-tiba perempuan itu menangis menyebabkan Johan kaget kerana jam
perempuan itu berada dengannya. Ini kerana pembaiki jam tersebut telah
menghantarnya kepada Johan sebaik sahaja jam tersebut siap dibaiki. Johan
mendekati perempuan itu dan menghulurkan jam tersebut kepadanya menyebabkan tangisan
perempuan itu terhenti. Dia mengambil jam itu dan memberikan sebijik hadiah
yang power kepada Johan dan terus meninggalkan Johan dan pembaiki jam tersebut
yang terkejut dengan tindakan nekad perempuan itu. Pembaiki jam kemudiannya
melihat Johan mengesat pipinya yang sakit ditampar perempuan dan berkata ‘ apa
la nasib kau Johan, kau tolong dia kau dapat tangan’.
Kini Johan berada di atas katil rumahnya
selepas malan malam bersama keluarganya.
Johan semakin yakin bahawa perempuan itu adalah perempuan yang
pernah diminatinya kerana kejadian yang sama melibatkan jam dan ditampar pernah
terjadi antara dia dan perempuan itu semasa hari terakhir persekolahannya
selepas SPM. Akan tetapi dia tidak ingat apa yang menyebabkan dia ditampar
pada masa itu. Setelah dari hari itu mereka tidak pernah berjumpa kerana perempuan itu berpindah mengikut keluarganya ke Kuala Lumpur.
ni lah gambaran perempuan yang pernah Johan minat dulu
Keesokan harinya semasa Johan sedang menyusun barangan di kedainya,
perempuan yang menamparnya semalam datang ke kedainya. Agak lama mereka
bertentang mata sehinggalah seorang mak cik mencubit bahu Johan kerana menunggu terlalu lama untuk membayar gula yang ingin dibelinya. Setelah menguruskan mak cik
tersebut, belum sempat Johan bertanya perempuan itu terlebih dahulu meminta maaf
kerana telah menamparnya semalam. Ini kerana jika dia sedih atau marah dia akan
melepaskan kemarahannya kepada sesiapa yang berada berdekatan dengannya. Tambahan
pula, semalam dia menyangka jam kesayangannya telah hilang. Jam itu sangat
istimewa buatnya kerana ianya hadiah dari seseorang yang dia suka semasa hari
terakhir persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Kampung Setengah. Sejak dari
hari itu mereka tidak pernah berjumpa lagi kerana dia terpaksa mengikut
keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Setelah lama mendiamkan diri, Johan
akhirnya bertanya perempuan itu adakah namanya Saleha. Perempuan itu
mengiakannya dan bertanya bagaimana Johan mengetahui namanya. Johan kemudiannya
memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dialah yang telah memberikan Saleha jam itu.
walaupun dah bertahun tak jumpa,
wajah Saleha tetap sama, tak berubah langsung
Kini barulah Johan tahu bahawa cintanya terhadap Saleha selama ini
bukan hanya bertepuk sebelah tangan. Ternyata penantiannya selama ini menunggu Saleha berbaloi kerana Saleha juga mencintainya. Selepas dari hari
itu, hubungan mereka bertambah rapat sehinggalah pada suatu hari Johan
menghantar rombongan meminang ke rumah Saleha. Kini setelah berumahtangga
mereka akhirnya menemui kebahagiaan yang mereka berdua cari selama ini dan Jam
Cinta yang menyatukan mereka akan terus berdetik sebagai tanda cinta mereka
berdua. Sekian .
Jam Cintaku
p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata
No comments:
Post a Comment