can U click me ?

Sini Best Jugak

26 June 2011

Wanita Itu - Ceritera

     Pada suatu hari yang mendung tanpa sinaran mentari, seorang wanita kelihatan sedang berjalan merentasi sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga lavender dengan langkah yang lemah. Kesedihan jelas terpancar diwajahnya yang ayu bagaikan bidadari yang turun dari syurga. Satelah sampai di sebatang pokok yang rendang dia terus melabuhkan punggungnya di bawah pokok tersebut. Setelah beberapa ketika wanita tersebut berada di situ, seorang jejaka kelihatan menghampirinya.

     Sang jejaka yang terpegun dengan kecantikan wanita tersebut bertanya adakah dia memerlukan teman untuk berbual kerana dia kelihatan sedih dan tidak bermaya. Wanita tersebut mengatakan bahawa dia sedang menunggu suaminya pulang dari bandar dan mereka berjanji untuk berjumpanya di sini. Sang jejaka berasa sangat kecewa dan berlalu pergi. Akan tetapi belum jauh sang jejaka tersebut meninggalkan wanita tersebut, seorang lelaki tua datang kepada wanita tersebut. Sang jejaka mula merasa curiga dengan apa yang diceritakan wanita tersebut lalu mengekori mereka sehingga ke rumah wanita tersebut.

     Setibanya sang jejaka di rumah wanita tersebut dia merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Firasatnya semakin jelas mengatakan lelaki tua yang dilihatnya tadi mengamalkan ilmu hitam. Jadi sang jejaka dengan langkah yang berjaga-jaga memanjat pagar rumah wanita tersebut untuk menyelamatkannya dari lelaki tua yang mengamalkan ilmu hitam tersebut. Malang sekali kerana belum sempat sang jejaka menyelamatkan wanita tersebut dia telah ditangkap oleh lelaki tua tersebut.

     Sang jejaka yang tidak puas hati kerana ditangkap bertanya bagaimana lelaki tua tersebut mengetahui cubaan menyelamat sang jejaka tersebut. Lelaki tua tersebut dengan senyum kambingnya memberitahu bahawa pengawal keselamatannya telah melaporkan seseorang telah memecah masuk rumahnya. Barulah sang jejaka tersebut tahu sepasang mata yang memerhatikannya ialah pegawai keselamatan rumah lelaki tua tersebut. Akan tetapi sang jejaka masih belum puas hati kerana wanita yang dijumpainya sebelum ini kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lelaki tua tersebut menambah lagi bahawa wanita tersebut adalah isterinya dan mereka hidup dengan bahagia cuma semalam wanita tersebut tersalah makan menyebabkan badannya lemah.

     Sang jejaka yang malu kerana telah salah sangka terhadap lelaki tua tersebut meminta maaf kepadanya lalu pergi meninggalkan rumah tersebut tanpa berpaling lagi.

Moral of the story:
hahaha...padan muka dekat sang jejaka tu, suka hati dia jer pergi serbu lelaki tua tu...
...white people have said "dont judge a book by its cover"...
jadi lebih baik selidik dahulu apa-apa tindakan yang ingin kita buat sebelum kita menjadi seperti sang jejaka tersebut...

Post a Comment

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads