can U click me ?

Sini Best Jugak

12 August 2011

Alligator Vs Ikan

Korang rasa kalau alligator lawan ikan mana satu yang menang? Mesti korang jawab ikan kan? Eh! silap... alligator kan? Tapi korang tau tak ada sejenis ikan yang boleh lawan alligator. Kalau korang nak tau kat bawah ni lah akan yang boleh lawan alligator tu...

dah sama besar dengan buaya je ikan ni
Nama ikan ni ialah ikan gal a.k.a Alligator Gar ("Gator Gar"), Atractosteus spatula. Ikan ni boleh membesar sehingga 10 kaki dengan berat sehingga 90 kg lebih kuranglah. Ikan ni dapat nama macam tu sebab muncungnya macam alligatorlah kan sebab nama pun alligator gar. Saye pernah tengok rancangan National Geographic dan ikan gal dikatakan pernah membunuh seekor alligator berukuran 4 kaki. Memang dahsyat betul ikan ni kan.

Read more...

08 August 2011

Korang Kenal La Paz ???


     Kalau korang pernah baca novel The Pearl karya John Steinbeck mesti korang tau La Paz tu kat mana. Bagi yang tak tau La Paz ialah ibu kota Baja California Sur,Mexico. Sebenarnya saye tiba-tiba terasa nak cari maklumat pasal La Paz ni sebab teringatkan novel The Pearl yang pernah saye belajar masa form 5 dulu. Setelah mencari pasal La Paz in kat Google Image saye jumpalah gambarnye.

Jernihnya air kat La Paz ni

  Apa yang diorang buat tu?

 
Bestnya bercuti kat La Paz kan?

 
Terkenal dengan permata dalam tiramnya (boleh di makan jugak)

Novel yang pemperkenalkan La Paz kepada saye..hehehe
Penulis novel The Pearl-John Steinbeck

Setakat ni saja buat kali ni..jumpa lagi...

Pesanan: saye selalu ingat kenangan masa sekolah dulu-dulu...



Read more...

06 August 2011

Awekku Lisa Surihani - Ceritera


     Namaku Doin a.k.a Don. Aku bukanlah jejaka pilihan wanita seluruh dunia tapi aku akui yang aku mempunyai aset yang penting bagi sorang lelaki iaitu wajah yang handsome. Walaupun ramai cikaro-cikaro diluar sana yang inginkan aku sebagai pakwe diorang tetapi tidakku layan.

     Hal ini kerana, aku sudah ada awek yang cun giler. Aku memang bangga kerana dalam banyak-banyak lelaki kat planet bumi ni dia pilih aku jadi boyfrend dia. Kalau aku sebut nama dia mesti korang tak percaya sebab awekku itu adalah Lisa Surihani. Korang jangan nak kata aku tipu atau jeles dengan aku kerana inilah realitinya Lisa Surihani tu awekku.

     Jadi korang mesti nak tahu macam mana Lisa boleh jadi kekasih aku kan? Disebabkan ceritanya panjang maka aku akan pendekkannya supaya korang tak bosan. Suatu hari tu aku tengah joging dekat taman rekreasi dekat dengan rumah aku tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menjerit minta tolong. Sebagai seorang lelaki yang baik hati pastinya aku pergi mencari tuan punya badan yang meminta tolong tadi dan setibanya aku di kawasan kejadian aku ternampak Lisa Surihani sedang dikacau sorang mamat psyko yang terlalu fanatik dengan Lisa.

     Tanpa berfikir panjang aku terus menyerang mamat psyko tu dengan segala langkah silat yang pernah aku pelajari suatu masa dahulu. Disebabkan sudah lama silatku tidak dipraktikkan menyebabkan aku cedera agak teruk ditendang mamat psyko tu tapi aku berjaya mengalahkannya. Disebabkan peristiwa tersebut aku dapat berkenalan dengan Lisa dan lama-kelamaan hubungan kami menjadi lebih erat sehinggakan kepada kekasih dia. Aku berharap agar hubungan ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu.


Catatan: Ini merupakan nota seorang pesakit mental bernama Doin yang dijumpai oleh doktor yang merawatnya. Doin menjadi begini setelah dia ditnggalkan kekasihnya Lia Suriram yang agak mirip dengan Lisa Surihani.

 cuba teka yang mana satu lia suriram....hehe

p/s: cerita ini hanya rekaan saye semata-mata, jangan terlalu percaya ye…

Read more...

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads