
LONDON - Lupakan telefon bimbit atau alat berteknologi
tinggi lain kerana kelengkapan harian seperti klip kertas dan pemegang
tin minuman dianggap sebagai rekaan klasik yang diperlukan manusia
sepanjang zaman.
Pakar sosial membentangkan senarai pelbagai ciptaan yang dihasilkan
dengan kos rendah tetapi dianggap sangat penting dalam kehidupan harian
berbilion penduduk di seluruh dunia.
“Barangan ini mungkin tidak secanggih telefon pintar iPhone yang
baru dilancarkan tetapi produk ini sama genius malah mungkin lebih
berpengaruh,” menurut sekumpulan pakar yang membantu penganjuran pameran
Wira Tersembunyi di Muzium Sains, London, Britain yang bermula bulan
depan.
Pameran itu akan menunjukkan 40 ciptaan hebat yang kerap
dipandang remeh oleh orang ramai termasuk gelung getah, pita pelekat,
tisu, uncang teh dan mentol lampu.
p/s : Ai memang kagum dengan ciptaan lama ni kerana walaupun murah tetap sangat berguna kepada kita walaupun tanpa kita sedari. Tq Sinar Harian kerana beri Ai banyak maklumat berguna selama ini.
diambil dari :
Sinar Harian Online
Read more...