Namaku Fazrkal, aku baru sahaja dibebaskan
dari Penjara Pudu setelah lima bulan dipenjarakan kerana disabitkan bersalah
mencuri basikal seorang budak sekolah rendah. Kini setelah dibebaskan aku telah
berjanji kepada diriku agar tidak ingin melakukan perbuatan tersebut lagi. Jadi
bagi memenuhi minatku dengan basikal aku telah bekerja di sebuah kedai basikal
di Kampung Buloh Gading.
indahnya pemandangan matahari terbenam di Kampung Buloh Gading
..huhu..
Kusangkakan panas sampai ke petang
rupa-rupanya ribut di tengah hari. Semasa aku sedang bekerja. Jond iaitu orang
kanan bos geng lamaku iaitu Geng Basikal Merah mengajak aku masuk semula geng
diorang. Disebabkan berang kerana aku menolak pelawaan diorang aku dikejar Jond
dan konco-konconya dengan basikal merah diorang. Disebabkan aku tiada pilihan
aku terpaksa meminjam basikal bos tempat aku bekerja untuk melarikan diri.
sekadar gambar hiasan
(ni bukan ribut di Kampung Buloh Gading ye..)
Disebabkan aku antara top 10 pelumba
basikal dalam Geng Basikal Merah, mereka yang mengejarku telah ditinggalkan aku
dengan begitu jauh sekali. Semasa aku sedang melarikan diri, seorang manager
kelab basikal ternampak dan terkagum dengan kelajuan kayuhanku kerana dapat
menyamai kelajuan keretanya yang berkelajuan 120 km/j. Dia kemudiannya
mengekoriku sampai kerumahku dan menawarkanku untuk menjadi pelumba bagi
kelabnya.
basikal yang aku guna
basikal ahli Geng Basikal Merah
bandingkan basikal yang digunakan ahli Geng Basikal Merah untuk mengejar aku
Setelah dua bulan menjalani latihan aku
kemudiannya didaftarkan untuk satu perlumbaan basikal yang agak terkenal. Yang
mengejutkanku ialah Azom iaitu bos Geng Basikal Merah turut menyertai
perlumbaan ini. Azom terkenal dengan taktik licik, keganasan dan kelajuannya semasa
berlumba. Selama aku berada di dalam Geng Basikal Merah, aku tidak pernah
berjaya mengalahkannya menyebabkan aku risau akan kalah dalam perlumbaan ini.
Akhirnya perlumbaan tersebut bermula, aku
mengambil keputusan untuk memecut bagi mengelakkan Azom terkejut kerana dia
telah berada di depanku. Kelajuan pecutan kami berdua sangat laju menyebabkan
peserta lain jauh ketinggalan di belakang kami. Azom yang pada mulanya laju
kelihatan semakin memperlahankan kayuhannya mungkin kerana keletihan dan aku
mengambil kesempatan ini untuk memintasnya. Tanpa disangka Azom menendang tayar
belakang basikal aku menyababkan aku hilang kawalan untuk sementara.
Setelah aku berjaya mengawal basikalku,
aku terus memecut dengan segala tenaga yang ada dan meninggalkan Azom jauh
dibelakangku. Disebabkan aku mempunyai stamina yang banyak hasil latihan dengan
kelab baruku membolehkan aku mengekalkan kelajuan kayuhanku.
Akhirnya aku berjaya menamatkan perlumbaan
itu di tempat pertama dan Azom ditahan polis kerana cuba mencederakan peserta
perlumbaan tersebut. Disebabkan penangkapan Azom, Geng Basikal Merah akhirnya
berpecah dan tidak mengacau aku lagi.
.The End.
3 comments:
Moralnya: naiklah basikal di depan manager kelab basikal untuk membolehkan korang join kelab basikal manager tersebut hehehhee
idea yang menarik tu...sape2 yang berminat sila cuba cadangan fit ni...hehe
apekebanganag punyer cerita...baik aku layan naruto lagi best
Post a Comment