can U click me ?

Sini Best Jugak

08 October 2011

korang boleh hidup tanpa mereka ?


LONDON - Lupakan telefon bimbit atau alat berteknologi tinggi lain kerana kelengkapan harian seperti klip kertas dan pemegang tin minuman dianggap sebagai rekaan klasik yang diperlukan manusia sepanjang zaman.

Pakar sosial membentangkan senarai pelbagai ciptaan yang dihasilkan dengan kos rendah tetapi dianggap sangat penting dalam kehidupan harian berbilion penduduk di seluruh dunia.

“Barangan ini mungkin tidak secanggih telefon pintar iPhone yang baru dilancarkan tetapi produk ini sama genius malah mungkin lebih berpengaruh,” menurut sekumpulan pakar yang membantu penganjuran pameran Wira Tersembunyi di Muzium Sains, London, Britain yang bermula bulan depan.

Pameran itu akan menunjukkan 40 ciptaan hebat yang kerap dipandang remeh oleh orang ramai termasuk gelung getah, pita pelekat, tisu, uncang teh dan mentol lampu.

p/s : Ai memang kagum dengan ciptaan lama ni kerana walaupun murah tetap sangat berguna kepada kita walaupun tanpa kita sedari. Tq Sinar Harian kerana beri Ai banyak maklumat berguna selama ini.

diambil dari :Sinar Harian Online

No comments:

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads