can U click me ?

Sini Best Jugak

07 September 2011

Mari kenal Ultras Malaya

     Bagi yang belum tahu Ultras Malaya atau Harimau Malaya ialah kelab penyokong Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2007. Bertujuan bagi menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia tidak kira menang atau kalah.

logo Ultras Malaya

Kriteria Seorang Ultras Malaya

1. Pakaian
Sentiasa mamakai pakaian yang beridentitikan Malaysia apabila ke stadium seperti jersey Malaysia atau pakaian yang berwarna hitam (hitam sinonom dengan pergerakan ULTRAS). Jersey pasukan atau kelab luar negara adalah diharamkan bagi pengikut ULTRAS.

2. Mafla
Mafla merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS.

3. bendera Malaysia
Merupakan elemen penting bagi seorang ULTRAS

4.Kasut
Bagi menunjukkan imej penyokong yang berpakaian kemas

5. Berdiri
Sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan bola sepak berlangsung.

6. Menyanyi (Chants)
ULTRAS perlu menyanyi tanpa henti sepanjang perlawanan berlangsung tanpa dipengaruhi keputusan perlawanan.

7. Patuhi arahan ketua
Di stadium, ULTRAS seorang CAPO akan bertindak selaku ketua untuk memberi arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO juga akan mengetuai nyanyian Chants

8. Curva
Apabila berada di stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk di kawasan berhampiran sisi pintu gol, dinamakan CURVA. Curva merupakan tempat yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh dari penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.

9. Dilarang Membaling Objek
Sebagai seorang ULTRAS perbuatan seperti membaling objek ke dalam balapan, longkang ataupun padang adalah ditegah sama sekali. Sesiapa yang gagal mematuhi arahan ini akan ditangkap dan dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab.

10. Emosi
Sebagai seorang ULTRAS, walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada pasukan Malaysia tetapi sokongan perlu diteruskan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang pemain.

11. Ambil Tempat
Sila berada dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakan.

12. Flare & Smoke Bomb
Penyalaan suar atau bom asap hanya perlu bila mendapat arahan ketua sahaja.Ini bagi menunjukkan cara sokongan yang tersusun dan tidak mahu dipandang serong.

13. Sila Patuhi Semua Arahan Di Atas
Barulah anda layak digelar serang ULTRAS yang layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA.

Mahu tahu lebih lanjut?? Klik sahaja link kat bawah ni...

Laman Web Rasmi Ultras Malaya
Ultras Malaya Di Facebook
Ultras Malaya Di Wikipedia

Post ini diedit dari : Sinar Harian - Ahad 04 September 2011

No comments:

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads