can U click me ?

Sini Best Jugak

01 September 2011

BG Gangster - Ceritera


     Namaku Fazrkal, aku baru sahaja dibebaskan dari Penjara Pudu setelah lima bulan dipenjarakan kerana disabitkan bersalah mencuri basikal seorang budak sekolah rendah. Kini setelah dibebaskan aku telah berjanji kepada diriku agar tidak ingin melakukan perbuatan tersebut lagi. Jadi bagi memenuhi minatku dengan basikal aku telah bekerja di sebuah kedai basikal di Kampung Buloh Gading.

indahnya pemandangan matahari terbenam di Kampung Buloh Gading 
..huhu..

     Kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya ribut di tengah hari. Semasa aku sedang bekerja. Jond iaitu orang kanan bos geng lamaku iaitu Geng Basikal Merah mengajak aku masuk semula geng diorang. Disebabkan berang kerana aku menolak pelawaan diorang aku dikejar Jond dan konco-konconya dengan basikal merah diorang. Disebabkan aku tiada pilihan aku terpaksa meminjam basikal bos tempat aku bekerja untuk melarikan diri.

sekadar gambar hiasan
(ni bukan ribut di Kampung Buloh Gading ye..)

      Disebabkan aku antara top 10 pelumba basikal dalam Geng Basikal Merah, mereka yang mengejarku telah ditinggalkan aku dengan begitu jauh sekali. Semasa aku sedang melarikan diri, seorang manager kelab basikal ternampak dan terkagum dengan kelajuan kayuhanku kerana dapat menyamai kelajuan keretanya yang berkelajuan 120 km/j. Dia kemudiannya mengekoriku sampai kerumahku dan menawarkanku untuk menjadi pelumba bagi kelabnya.

  basikal yang aku guna
basikal ahli Geng Basikal Merah

                   bandingkan basikal yang digunakan ahli Geng Basikal Merah untuk mengejar aku

     Setelah dua bulan menjalani latihan aku kemudiannya didaftarkan untuk satu perlumbaan basikal yang agak terkenal. Yang mengejutkanku ialah Azom iaitu bos Geng Basikal Merah turut menyertai perlumbaan ini. Azom terkenal dengan taktik licik, keganasan dan kelajuannya semasa berlumba. Selama aku berada di dalam Geng Basikal Merah, aku tidak pernah berjaya mengalahkannya menyebabkan aku risau akan kalah dalam perlumbaan ini.

     Akhirnya perlumbaan tersebut bermula, aku mengambil keputusan untuk memecut bagi mengelakkan Azom terkejut kerana dia telah berada di depanku. Kelajuan pecutan kami berdua sangat laju menyebabkan peserta lain jauh ketinggalan di belakang kami. Azom yang pada mulanya laju kelihatan semakin memperlahankan kayuhannya mungkin kerana keletihan dan aku mengambil kesempatan ini untuk memintasnya. Tanpa disangka Azom menendang tayar belakang basikal aku menyababkan aku hilang kawalan untuk sementara.
    
     Setelah aku berjaya mengawal basikalku, aku terus memecut dengan segala tenaga yang ada dan meninggalkan Azom jauh dibelakangku. Disebabkan aku mempunyai stamina yang banyak hasil latihan dengan kelab baruku membolehkan aku mengekalkan kelajuan kayuhanku.

     Akhirnya aku berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat pertama dan Azom ditahan polis kerana cuba mencederakan peserta perlumbaan tersebut. Disebabkan penangkapan Azom, Geng Basikal Merah akhirnya berpecah dan tidak mengacau aku lagi.

.The End.


3 comments:

ftrhd said...

Moralnya: naiklah basikal di depan manager kelab basikal untuk membolehkan korang join kelab basikal manager tersebut hehehhee

Unknown said...

idea yang menarik tu...sape2 yang berminat sila cuba cadangan fit ni...hehe

Anonymous said...

apekebanganag punyer cerita...baik aku layan naruto lagi best

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads