can U click me ?

Sini Best Jugak

29 September 2011

Fakta Merapu Edisi 3

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

alamak...salah letak gambar...huhu


Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.


Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.


Read more...

28 September 2011

Korang Kenal Hantu-Hantu Ini....Muahahaha

     Ni merupakan salah satu iklan lampu dekat thailand...serius kelakar, merapu, merepek, dan bermacam-macam lagi yang berkenaan demgannya...korang layan jer....huhu

yang pasti iklan thai memang merapu....hehe

Read more...

27 September 2011

Safee Sali Ke Manchester United?

     Pergh....kalau betul-betul gambar ni jadi kenyataan, Ai sebagai rakyat Malaysia memang bangga dengan Safee Sali dan Ramli nih...huhu


p/s : Ai kurang ilmu pasal bola sepak tapi Ai tetap sokong pasukan Malaysia sampai bila-bila....huhu

sumber : Oh! Media

Read more...

26 September 2011

Korang Makan Rendang Landak ?

     Ai malas nak citer banyak pasal rendang landak ni sebab Ai pun belom makan lagi makanan ekzostik nih...tapi orang ler yang cakap daging landak ni sedap...huhu...dan lagi daging landak ni dikatakan boleh merawat penyakit asma...jadi kalau sesiapa berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut Ai bagi link je yee....

Belog Dua Kupang ; Selera Rimba, Sajian Ala Jawa & Banjar
facebook Selera Rimba Sg. Lembing
gambar Selera Rimba Sg. Lembing, Sg. Panjang. Selangor
resepi RENDANG PEDAS DAGING LANDAK ...hehehe
RESTORAN BASHA : juga jual rendang landak dan makanan ekzostik yang lain



....sebelum dan selepas...huhu

Read more...

25 September 2011

Cara panggil Polis kepada Anda

When a thief forced you to take money from the ATM, do not argue or resist, you might not know what he or she might do to you. What you should do is to punch your PIN in the reverse...

Eg: If your PIN is 1234, you punch 4321.

The moment you punch in the reverse, the money will come out, but will be stuck into the machine half way out and it will alert the police without the notice of the thief.

Every ATM has it; It is specially made to signify danger and help. Not everyone is aware of this. SHARE THIS TO ALL YOUR FRIENDS
 
korang buat macam ni kompom perompak tak jadi nak rompak korang..huhu

 Apabila seorang pencuri memaksa anda untuk mengambil wang dari ATM, tidak membantah atau menentang, anda mungkin tidak tahu apa yang beliau mungkin lakukan untuk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menumbuk PIN anda di sebaliknya ...

Contoh: Jika PIN anda 1234, anda menumbuk 4321.

Sebaik sahaja anda menumbuk di sebaliknya, wang akan datang, tetapi akan terperangkap ke dalam mesin setengah jalan keluar dan ia akan memberi amaran kepada pihak polis tanpa notis pencuri.

ATM Setiap Ia dibuat khas untuk menandakan bahaya dan membantu. Tidak semua orang sedar tentang perkara ini. SAHAM INI UNTUK semua rakan anda

 err...terjemahan ni diambil dari En Google pnyer penterjemah...hehehe

Read more...

24 September 2011

Undang-undang itu sangat pelik



Kali ni Ai nak kongsi dengan korang 10 undang-undang pelik yang dilaksanakan dekat negara luar dari Malaysia. Dekat Malaysia? Lepas ni ler Ai kongsi dengan korang.

1. Mengepam tandas selepas jam 10 malam - Switzerland

Di Switzerland, penghuni pangsapuri tidak dibenarkan mengepam tandas selepas jam 10 malam. Ia juga menjadi satu kesalahan untuk lelaki kencing berdiri walaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu bagi mengelak bunyi bising.

Penalti: Tiada denda pernah dikeluarkan, hanya tidak digalakkan. 



err...

2. Berhenti di lebuh raya - Jerman

Kehabisan minyak di lebuh raya di Jerman mengundang padah, bukan hanya kerana anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak, tetapi juga kerana ianya menjadi satu kesalahan untuk berhenti di lebuh raya. Dan anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak, kerana berjalan di lebuh raya itu juga dilarang.

Penalti: Denda mencecah AS$100 (RM300).



beringatlah korang kalau nak pergi Jerman

3. Memandu tanpa baju - Thailand

Jangan biarkan iklim tropika yang nyaman di Thailand membuatkan anda ingin memandu tanpa baju. Polis akan mengeluarkan saman serta-merta jika anda dilihat memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa mengenakan baju.

Penalti: Denda kira-kira AS$10 (RM30).

diorang takper kalau tak pakai baju..hehehe


4. Membayar menggunakan wang syiling - Kanada

Akta Wang 1985 di Kanada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. Anda tidak boleh membayar sesuatu yang bernilai AS$10 (RM30) dengan syiling sahaja atau menggunakan syiling satu dolar untuk membayar barang berharga lebih AS$25 (RM75).

Penalti: Penjual boleh menerima bayaran itu jika mahu tetapi mengikut undang-undang, penjual boleh menolaknya dan menghalau anda keluar dari kedai.

5. Kasut/selipar hasilkan bunyi bising - Itali

Penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenang di bandar itu kerana satu larangan baru diperkenalkan bagi menghalang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising.

Penalti: Kemungkinan ditahan polis dan didenda.   
     
kompom kasut ni tak boleh pakai dekat sana


6. Memandu kereta kotor - Rusia

Ada yang menganggap peraturan ini hanya alasan untuk polis mengeluarkan lebih banyak saman kepada pemandu tetapi anda tetap perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda apabila memandu di Moscow, kerana memandu kereta kotor - iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas atau pemandu tidak kelihatan - boleh menyebabkan anda disaman.

Penalti: Saman akan dikeluarkan tetapi jumlahnya bergantung kepada budi bicara polis.  
   
     
kalau macam ni memang patut ler kena saman

7. Larangan terjun payung untuk wanita bujang - Amerika Syarikat

Kepada wanita muda, bujang dan gemarkan aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati-hati apabila berada di Florida, AS kerana wanita belum berkahwin yang melakukan terjun payung pada hari Ahad boleh dipenjara.

Penalti: Denda, dan juga boleh dipenjara.

8. Mengunyah gula-gula getah - Singapura

Undang-undang paling pelik di Singapura berasal daripada niat kerajaan untuk memastikan negara itu sentiasa bersih, dengan melarang rakyat dan pelancong di negara itu mengunyah gula-gula getah serta mengharamkan penjualannya. Peraturan itu dilonggarkan sedikit, pada 2004 dan gula-gula getah Nicorette untuk tujuan berhenti merokok dibenarkan (tetapi anda perlu mendapatkannya daripada doktor yang akan merekod nama anda).

Penalti: Saman bernilai hampir AS$100 (RM300)

9. Meninggal dunia di Bangunan Parlimen - Britain

Sebab utama orang ramai dilarang meninggal dunia di Parlimen kerana ia dianggap sebahagian daripada istana. Sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Jadi jika anda kelihatan sakit, pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. Jurucakap Parlimen Britain berkata, undang-undang itu mungkin tidak berasas tetapi ia tetap wujud dan tertulis di dalam akta tertentu.

Penalti: Tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikannya undang-undang paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walau tidak pernah diguna.



10. Boleh hisap ganja, bukan rokok - Belanda

Peraturan yang berkuatkuasa di Belanda pada 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka tetap dibenarkan menghisap ganja.

Penalti: Denda kira-kira AS$70 (RM210)

sumber:Sinar Harian Online

Read more...

16 September 2011

Pengorbanan Seorang Ayah

     Kebanyakan iklan Thai banyak yang merapu tapi kali ni Ai terjumpa satu iklan dari Thailand yang sangat menyentuh perasaan dari page Ainan Tasneem's :) nih. Walaupun bapa kita bukannya Superman ataupun jutawan tetapi kasih sayangnya melebihi mereka semua. Ai tak nak cerita lebih panjang korang tengok dulu dan korang nilai sendiri iklan ni.


There are no perfect fathers ...but a father will always love perfectly..

Read more...

15 September 2011

Cara kenal Jantina Laptop Korang

     Mungkin ramai yang dah tau macam mana caranya nak kenal laptop korang kan. Tapi Ai nak jugak share entri ni manalah tau ada lagi mereka-mereka di luar sana yang belum kenal jantina laptop mereka. Kalau korang nak tau bolehlah klik Cara Kenal Jantina Laptop ni...


ku ingatkan engkau jantan rupa-rupanya....

p/s : banyak entri dua tiga hari ni Ai ambik dari blog CikTom...huhu...

Read more...

14 September 2011

Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato KFC Cara Mudah dan Sedap

Semalam semasa Ai jengok blog CikTom, Ai ada terjumpa resepi mashed potato ni. Disebabkan Ai suka makan dan mungkin jugak korang suka jadi Ai nak kongsi ler resepinya dekat korang.


...mashed potato...perghh...


Akan tetapi disebabkan Ai malas nak kopi pes jadi Ai bagi link Resepi Mashed Potato ni kalau korang nak sangat buat mashed potato ni kat rumah korang. Selamat mencuba dan kalau menjadi kirim siket dekat Ai...huhu...

Read more...

12 September 2011

Kekeliruan : Ni Malik ke Seth Tan

Di sini Ai ingin bagitau korang yang terdapat segelintir peminat yang telah terkeliru dengan watak lakonan Aaron Aziz iaitu Malik(KL Gangster) dengan Seth Tan(Nora Elena).

ini Aaron Aziz

kalau korang betul-betul nak tau apa yang terjadi bila peminat Aaron Aziz terkeliru antara watak Malik dan Seth Tan silalah klik Malik ke Seth Tan ?? ni..

p/s: kepada peminat Aaron Aziz..jangan marah ye...

Read more...

11 September 2011

Mari Blajo Cakak Ganu

Kepada sesiapa yang nak belajar cakap Terengganu marilah belajar dengan Cikgu Stopa ni. Semoga korang mendapat manfaat dari vedio ni...hehehe...




Read more...

07 September 2011

Mari kenal Ultras Malaya

     Bagi yang belum tahu Ultras Malaya atau Harimau Malaya ialah kelab penyokong Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2007. Bertujuan bagi menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia tidak kira menang atau kalah.

logo Ultras Malaya

Kriteria Seorang Ultras Malaya

1. Pakaian
Sentiasa mamakai pakaian yang beridentitikan Malaysia apabila ke stadium seperti jersey Malaysia atau pakaian yang berwarna hitam (hitam sinonom dengan pergerakan ULTRAS). Jersey pasukan atau kelab luar negara adalah diharamkan bagi pengikut ULTRAS.

2. Mafla
Mafla merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS.

3. bendera Malaysia
Merupakan elemen penting bagi seorang ULTRAS

4.Kasut
Bagi menunjukkan imej penyokong yang berpakaian kemas

5. Berdiri
Sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan bola sepak berlangsung.

6. Menyanyi (Chants)
ULTRAS perlu menyanyi tanpa henti sepanjang perlawanan berlangsung tanpa dipengaruhi keputusan perlawanan.

7. Patuhi arahan ketua
Di stadium, ULTRAS seorang CAPO akan bertindak selaku ketua untuk memberi arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO juga akan mengetuai nyanyian Chants

8. Curva
Apabila berada di stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk di kawasan berhampiran sisi pintu gol, dinamakan CURVA. Curva merupakan tempat yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh dari penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.

9. Dilarang Membaling Objek
Sebagai seorang ULTRAS perbuatan seperti membaling objek ke dalam balapan, longkang ataupun padang adalah ditegah sama sekali. Sesiapa yang gagal mematuhi arahan ini akan ditangkap dan dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab.

10. Emosi
Sebagai seorang ULTRAS, walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada pasukan Malaysia tetapi sokongan perlu diteruskan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang pemain.

11. Ambil Tempat
Sila berada dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakan.

12. Flare & Smoke Bomb
Penyalaan suar atau bom asap hanya perlu bila mendapat arahan ketua sahaja.Ini bagi menunjukkan cara sokongan yang tersusun dan tidak mahu dipandang serong.

13. Sila Patuhi Semua Arahan Di Atas
Barulah anda layak digelar serang ULTRAS yang layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA.

Mahu tahu lebih lanjut?? Klik sahaja link kat bawah ni...

Laman Web Rasmi Ultras Malaya
Ultras Malaya Di Facebook
Ultras Malaya Di Wikipedia

Post ini diedit dari : Sinar Harian - Ahad 04 September 2011

Read more...

06 September 2011

Handphone Korang Berkualiti Ke?

     Tadi Ai ada singgah dekat satu blog ni. Tengah-tengah Ai syok dok tengok entri dalam blog tersebut Ai terjumpa satu entri menarik yang bertajuk seperti di atas tu. Disebabkan Ai malas nak tulis semula apa yang ditulis dalam blog tersebut jadi Ai bagi link sahaja. Kalau korang nak tau handphone korang berkualiti atau tidak sudi-sudilah klik link Kakkoi-Me ini. Adalah lebih baik kita beringat semasa membeli agar tidak ditipu pembeli dan rugi di kemudian hari...

Ai guna ALCATEL je...
tapi bukan macam kat atas ni..sekadar gambar hiasan...huhu

Read more...

01 September 2011

BG Gangster - Ceritera


     Namaku Fazrkal, aku baru sahaja dibebaskan dari Penjara Pudu setelah lima bulan dipenjarakan kerana disabitkan bersalah mencuri basikal seorang budak sekolah rendah. Kini setelah dibebaskan aku telah berjanji kepada diriku agar tidak ingin melakukan perbuatan tersebut lagi. Jadi bagi memenuhi minatku dengan basikal aku telah bekerja di sebuah kedai basikal di Kampung Buloh Gading.

indahnya pemandangan matahari terbenam di Kampung Buloh Gading 
..huhu..

     Kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya ribut di tengah hari. Semasa aku sedang bekerja. Jond iaitu orang kanan bos geng lamaku iaitu Geng Basikal Merah mengajak aku masuk semula geng diorang. Disebabkan berang kerana aku menolak pelawaan diorang aku dikejar Jond dan konco-konconya dengan basikal merah diorang. Disebabkan aku tiada pilihan aku terpaksa meminjam basikal bos tempat aku bekerja untuk melarikan diri.

sekadar gambar hiasan
(ni bukan ribut di Kampung Buloh Gading ye..)

      Disebabkan aku antara top 10 pelumba basikal dalam Geng Basikal Merah, mereka yang mengejarku telah ditinggalkan aku dengan begitu jauh sekali. Semasa aku sedang melarikan diri, seorang manager kelab basikal ternampak dan terkagum dengan kelajuan kayuhanku kerana dapat menyamai kelajuan keretanya yang berkelajuan 120 km/j. Dia kemudiannya mengekoriku sampai kerumahku dan menawarkanku untuk menjadi pelumba bagi kelabnya.

  basikal yang aku guna
basikal ahli Geng Basikal Merah

                   bandingkan basikal yang digunakan ahli Geng Basikal Merah untuk mengejar aku

     Setelah dua bulan menjalani latihan aku kemudiannya didaftarkan untuk satu perlumbaan basikal yang agak terkenal. Yang mengejutkanku ialah Azom iaitu bos Geng Basikal Merah turut menyertai perlumbaan ini. Azom terkenal dengan taktik licik, keganasan dan kelajuannya semasa berlumba. Selama aku berada di dalam Geng Basikal Merah, aku tidak pernah berjaya mengalahkannya menyebabkan aku risau akan kalah dalam perlumbaan ini.

     Akhirnya perlumbaan tersebut bermula, aku mengambil keputusan untuk memecut bagi mengelakkan Azom terkejut kerana dia telah berada di depanku. Kelajuan pecutan kami berdua sangat laju menyebabkan peserta lain jauh ketinggalan di belakang kami. Azom yang pada mulanya laju kelihatan semakin memperlahankan kayuhannya mungkin kerana keletihan dan aku mengambil kesempatan ini untuk memintasnya. Tanpa disangka Azom menendang tayar belakang basikal aku menyababkan aku hilang kawalan untuk sementara.
    
     Setelah aku berjaya mengawal basikalku, aku terus memecut dengan segala tenaga yang ada dan meninggalkan Azom jauh dibelakangku. Disebabkan aku mempunyai stamina yang banyak hasil latihan dengan kelab baruku membolehkan aku mengekalkan kelajuan kayuhanku.

     Akhirnya aku berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat pertama dan Azom ditahan polis kerana cuba mencederakan peserta perlumbaan tersebut. Disebabkan penangkapan Azom, Geng Basikal Merah akhirnya berpecah dan tidak mengacau aku lagi.

.The End.



Read more...

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads