can U click me ?

Sini Best Jugak

30 March 2012

Aku, Masa & Wau


     Semasa dalam perjalanan balik ke kedai setelah menghantar perabot. Aku yang sedang leka melihat pemandangan Pekan Batu Enam yang indah dari dalam lori pikap putih bertemankan tauke yang  sedang memandu di sebelahku tiba-tiba terpandang ke langit dan terlihat wau a.k.a layang-layang berterbangan di dada langit. Walaupun boleh dibilang dengan jari dan tidak sebanyak dahulu, tetapi masih ada lagi anak-anak muda yang meneruskan tradisi bermain wau ini.

wau yang biasa dilihat dahulu

wau sekarang

     Aku terus tenggelam dalam khayalanku dan membawaku ke zaman kanak-kanakku. Dahulu semasa masih ada warga kampung yang mengusahakan sawah padi di belakang rumahku, aku sering menaikkan wau sekiranya musim bermain wau telah datang. Bertemankan Tok Ki, Tok Mek, dan mereka yang sekepala denganku pastinya ruang udara kampungku dipenuhi dengan pelbagai jenis wau tidak kira wau bulan, wau kucing, wau puyuh dan sebagainya. Tetapi sekarang sawah padi telah bertukar menjadi hutan lalang kerana tidak lagi diusahakan. Begitu juga dengan semangat orang kampungku. Peredaran zaman menyebabkan tradisi ini semakin dilupai. Saban tahun bilangan wau di langit semakin sedikit. Entah berapa lama lagi tradisi ini dapat bertahan. Jadi adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini?
 

adakah dengan menjadikan baju bermotifkan wau 
yang dipakai model seksi dapat mengembalikan kegemilangannya

atau dengan menghasilkan kapal angkasa berbentuk wau 
yang berlegar di angkasa idea yang lebih baik




Read more...

28 March 2012

1 Gambar 1001 Jawapan - Edisi 2

Dengan 1 gambar banyak 1001 jawapan yang boleh anda berikan.
 Jadi untuk edisi kedua ni soalannya ialah apakah yang pak cik ni cuba buat?


tengok saja tak kemana, jadi komenlah apa yang patut mengenai gambar ni


Read more...

27 March 2012

Jam Cintaku




     Pagi itu hati Johan terasa sangat resah. Fikirannya bercelaru dan dia terasa tidak keruan. Adakah dia perlu duduk di rumah sahaja dan membiarkan ibunya sahaja menjaga kedai runcitnya hari ini.
Akan tetapi setelah bertapa dan bernyanyi lagu Siti Nurhaliza selama beberapa jam dalam bilik air, dia akhirnya memutuskan untuk buka juga kedainya.


Johan memang minat giler kat Siti Nurhaliza--- >

     
     
     Sesampainya di depan kedainya dia terlihat seorang perempuan di depan kedainya. Perempuan itu kelihatan gelisah dan sebaik sahaja dia terlihat Johan dia terus meluru kepadanya dan memintanya membaiki jamnya yang rosak kerana dia telah terlewat untuk ke pejabat. Sebaik sahaja perempuan itu menyerahkan jam tersebut dia terus berlari ke keretanya dan memecut laju meninggalkan Johan yang kebingungan. Johan pelik memikirkan bagaimana caranya untuk dia membaiki jam tersebut kerana dia bukannya pembaiki jam. Akhirnya dia menghantar jam tersebut kepada kawannya yang merupakan pembaiki jam bersebelahan kedainya. ‘Agaknya perempuan itu ingatkan aku pekerja kedai jam ni’  kata Johan dalam hatinya.

     Dia kemudiannya membuka kedainya dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Akan tetapi dalam dia melakukan kerjanya dia sering teringatkan wajah perempuan itu. Ini kerana wajah perempuan itu agak menyerupai seorang perempuan yang pernah dia minati semasa sekolah menengah dahulu. Tiba-tiba johan terdengar bunyi bising dari kedai jam bersebelahan kedainya menyebabkan flashbacknya terhenti. Dengan gaya seorang detektif, dia dengan berhati-hati mengintai ke dalam kedai jam itu untuk mengatahui apa puncanya kekecohan tersebut.

     Rupa-rupanya perempuan yang meminta Johan membaiki jamnya yang rosak telah membuat kecoh. Perempuan tersebut memarahi dan menuduh pembaiki jam tersebut menghilangkan jamnya. Tiba-tiba perempuan itu menangis menyebabkan Johan kaget kerana jam perempuan itu berada dengannya. Ini kerana pembaiki jam tersebut telah menghantarnya kepada Johan sebaik sahaja jam tersebut siap dibaiki. Johan mendekati perempuan itu dan menghulurkan jam tersebut kepadanya menyebabkan tangisan perempuan itu terhenti. Dia mengambil jam itu dan memberikan sebijik hadiah yang power kepada Johan dan terus meninggalkan Johan dan pembaiki jam tersebut yang terkejut dengan tindakan nekad perempuan itu. Pembaiki jam kemudiannya melihat Johan mengesat pipinya yang sakit ditampar perempuan dan berkata ‘ apa la nasib kau Johan, kau tolong dia kau dapat tangan’.


     Kini Johan berada di atas katil rumahnya selepas malan malam bersama keluarganya.  Johan semakin yakin bahawa perempuan itu adalah perempuan yang pernah diminatinya kerana kejadian yang sama melibatkan jam dan ditampar pernah terjadi antara dia dan perempuan itu semasa hari terakhir persekolahannya selepas SPM. Akan tetapi dia tidak ingat apa yang menyebabkan dia ditampar pada masa itu. Setelah dari hari itu mereka tidak pernah berjumpa kerana perempuan itu berpindah mengikut keluarganya ke Kuala Lumpur.

ni lah gambaran perempuan yang pernah Johan minat dulu

     Keesokan harinya semasa Johan sedang menyusun barangan di kedainya, perempuan yang menamparnya semalam datang ke kedainya. Agak lama mereka bertentang mata sehinggalah seorang mak cik mencubit bahu Johan kerana menunggu terlalu lama untuk membayar gula yang ingin dibelinya. Setelah menguruskan mak cik tersebut, belum sempat Johan bertanya perempuan itu terlebih dahulu meminta maaf kerana telah menamparnya semalam. Ini kerana jika dia sedih atau marah dia akan melepaskan kemarahannya kepada sesiapa yang berada berdekatan dengannya. Tambahan pula, semalam dia menyangka jam kesayangannya telah hilang. Jam itu sangat istimewa buatnya kerana ianya hadiah dari seseorang yang dia suka semasa hari terakhir persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Kampung Setengah. Sejak dari hari itu mereka tidak pernah berjumpa lagi kerana dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Setelah lama mendiamkan diri, Johan akhirnya bertanya perempuan itu adakah namanya Saleha. Perempuan itu mengiakannya dan bertanya bagaimana Johan mengetahui namanya. Johan kemudiannya memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dialah yang telah memberikan Saleha jam itu.

walaupun dah bertahun tak jumpa, 
wajah Saleha tetap sama, tak berubah langsung

     Kini barulah Johan tahu bahawa cintanya terhadap Saleha selama ini bukan hanya bertepuk sebelah tangan. Ternyata penantiannya selama ini menunggu Saleha berbaloi kerana Saleha juga mencintainya. Selepas dari hari itu, hubungan mereka bertambah rapat sehinggalah pada suatu hari Johan menghantar rombongan meminang ke rumah Saleha. Kini setelah berumahtangga mereka akhirnya menemui kebahagiaan yang mereka berdua cari selama ini dan Jam Cinta yang menyatukan mereka akan terus berdetik sebagai tanda cinta mereka berdua. Sekian .

Jam Cintaku 

p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata

Read more...

23 March 2012

Fakta Merapu Edisi 4



Kali ini Ai bawakan lebih banyak fakta yang mungkin korang dah tau dan juga belum diketahui ramai. 
 

Fakta 1
Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu 

Dan Adolfish ini pula satu-satunya haiwan yang menyerupai Adolf Hitler

Fakta 2

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah 

kulit, kulit kalau dicubit sakit. 
jangan hairan jika gambar ini tiada kena mengena dengan fakta di atas.


Fakta 3
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

harap maaf, gambar labah-labah ini sahaja yang tidak menakutkan
 Ai dan kanak-kanak bawah 12 tahun kebawah. 


 Fakta 4
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

kepada sesiapa yang belum faham maksud gambar ini 
adalah lebih baik bertanya kepada sesiapa yang lebih faham.

Fakta 5
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih 
lama daripada mereka yang kidal. 

ajal maut di tangan tuhan. 
jadi hargailah hidup anda


Read more...

Belajar ABC dengan Cikgu Ai


     Hari ni Cikgu Ai nak ajar adik-adik belajar ABC. Dekat bawah ni ada tiga contoh buat adik-adik yang baru nak belajar. 

sebelum belajar jom kita rehatkan minda dulu

Pelajaran 1
     Angry Bird cari dedak enak for girlfriendnya. Hari ini Jumbo kena lambung maka nangislah. Orang putih quest rupanya supaya tembak ungka. Vee waris Xavier yang zalim.

ni bukan Cikgu Ai ye adik-adik

Pelajaran 2
      Abon buat cendol dengan Enot. Fiza gila hebat ikat jagung. Kail Leman masih naikkan obor-obor pelik. Que rasa senak termakan ubat Viera. Wang Xena yang zero.

walau siapapun guru kita, hormatilah mereka seadanya

Pelajaran 3
      Aku bukukan cerita Daniella esok. Fafau geram habis ingatkan jambunya kena lantak Marsya. Nina olah petikan, Qasyah rosakkannya. Samad terima undangan Vince. Wow Xperia Yume Zura.

ilmu haruslah dikongsi tapi kalau ilmu ni korang rasa merapu dan tak boleh pakai janganlah dikongsi.
Sekian sahaja buat kali ini.

Read more...

19 March 2012

Bila Bie Bercerita


Bie memang suka bercerita.
Tapi ni hanya sebagai gambar hiasan sahaja.     


     Basyar baru beli buku baru. Buku baru Basyar bertajuk ‘ Bila Basri Belajar Berdikari’. Buku baru Basyar berkisahkan Basri baru belajar berdikari. Bila Basyar baca buku baru bertajuk ‘ Bila Basri Belajar Berdikari’, Basyar berasa berilmu berserta boleh berdikari. Basyar beri buku baru bersama bungkusan buah-buahan buat Bala. Basyar beri buku baru buat Bala bertambah berilmu bagi bantu Ben.


adakah buku baru Basyar berada di antara buku-buku ini?

      Bala berasa bahagia bila Basyar beri bukunya. Basyar berasa bangga bila Bala baca bukunya bersungguh betul. Bila Bala baca buku baru Basyar, Bala berasa berilmu. Bala biasanya bacakan bukunya buat Ben. Bila Basyar beri Bala buku barunya, Bala bacakan buat Ben. Ben buta beranak. Bala bersedih bila Ben bercerita berkenaannya. Bila Ben berkata Ben baru belajar, Bala bertekad bantu Ben belajar. Bala bacakan buku baru Basyar biar Ben belajar berdikari.

memang bagus mengajar anak berdikari sejak kecil. 
Akan tetapi awasilah mereka supaya tiada perkara buruk dari berlaku. 
"Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

      Bila Ben belajar berdikari, Ben boleh buat banyak benda. Buta bukan bebanan berat buat Ben. Ben berasa bertuah bila Bala bersama Basyar bantunya. Bila Ben berilmu Ben bantu budak-budak belajar. Bila budak-budak belajar, budak-budak berjaya, berguna berserta berilmu.

salah satu gambar dari filem Bujang Terlajak. 
harap maaf kerana Ben tiada dalam gambar ini.

     Bila budak-budak besar, budak-budak besar bantu berserta bimbing bekas banduan beralih buat baik. Bekas banduan berjaya berubah berkat bantuan budak-budak besar. Bekas banduan berusaha buat baik bagi bersihkan bumi.


adakah ini mereka?

     Begitulah berakhirnya bebelan Bie.

Read more...

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads