can U click me ?

Sini Best Jugak

26 August 2011

Aku & Hujan

Aku suka berjalan dalam hujan kerana aku suka main hujan.



Tetapi orang akan menyangka aku seorang yang emo kerana pepatah baru ini
'aku suka berjalan dalam hujan kerana orang takkan tahu aku sedang menangis".




Read more...

19 August 2011

Fixie Semakin Diminati Di Terengganu


     Semalam Ai telah keluar ke bandar Kuala Terengganu. Semasa berada di bandar Ai nampak ramai sangat pemuda-pemuda(pemudi tak ramai sangat) dan orang dewasa Terengganu berbasikal fixie. Turut tidak ketinggalan mereka yang berbasikal tua pun ada memeriahkan suasana malam minggu di bandar. Ai tengok diorang lepak dekat Taman Shahbandar dekat Istana Maziah, Pantai Batu Buruk, kedai-kedai makan dan merata lagi.

ramai yang berbasikal fixie 

tidak ketinggalan juga basikal tua

     Bagi Ai ianya merupakan perubahan positif rakyat Terengganu kerana ianya akan mengurangkan aktiviti merempit disamping mengurangkan pencemaran alam sekitar. Aktiviti berbasikal ini Ai lihat semakin diminati pemuda pemudi Terengganu dan diharap ianya dapat terus dikekalkan di masa hadapan.

p/s: terasa macam nak buat entri pasal tempat menarik dekat Terengganu pulak.

Read more...

17 August 2011

Kesian Model-Model Jelita Ini

     Memang memalukan kalau kita jatuh depan orang ramai. Tambahan pula jika ianya dirakamkan dan ditayangkan dekat YouTube sampai orang tengok dekat puluhan juta jugaklah. Beginilah nasib model-model ini yang bagaikan sudah jatuh dirakam pulak...







Read more...

16 August 2011

Jangan Ikut Aku -Ceritera


     Suatu hari, seorang wanita bernama Ayu sedang mendengar lagu kegemarannya sambil berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi berdekatan rumahnya. Sedang dia tengah berjoging dia terasa dirinya sedang diekori seseorang dari belakang. Semasa dia menoleh dia nampak sorang lelaki sedang mengekorinya.

 Ayu yang sedang joging mula cemas apabila seorang lelaki mengekorinya.

     Bimbang sekiranya berlaku perkara buruk terjadi kepadanya, dia pun mula berlari anak yang disusuli dengan lari sepantas Usain Bolt (dalam fikirannya sahaja) kerana lelaki tersebut masih mengekorinya. Disebabkan terlalu letih melarikan dirinya Ayu terpaksa memperlahankan lariannya. Apabila ditoleh ke belakang lelaki tersebut masih mengekorinya.

 
Adakah larian Ayu selaju Usain Bolt???
 
     Disebabkan tidak tahan diekori dan latih berlari menyebabkan Ayu menjerit meminta pertolongan. Terkejut dengan tindakan Ayu lelaki tersebut menerkam Ayu dan menutup mulutnya lalu menariknya ke dalam semak berhampiran. Ayu yang ketakutan mula berfikir yang bukan-bukan, lelaki tersebut menyuruh Ayu diam kerana dia tidak ingin mengapa-apakan Ayu. Setelah Ayu bertenang lelaki tersebut memberitahu Ayu bahawa dia merupakan pekerja zoo yang ingin menangkap harimau bintang yang baru sahaja terlepas dari zoo.

adakah ini harimau bintang yang terlepas dari zoo tersebut???

     Harimau bintang yang terlepas itu baru sahaja dilihat di taman rekreasi itu dan arahan telah dikeluarkan agar orang ramai mengosongkan taman tersebut. Ketakutan Ayu yang sedang mereda kini kembali. Lelaki tersebut kemudiannya membawa Ayu keluar dari taman permainan tersebut dengan selamat. Ayu berasa sangat bersalah kepada lelaki tersebut meminta maaf kepadanya dan berterima kasih kerana menyelamatkannya.

     Beberapa hari kemudian, Ayu terbaca di akhbar yang mengatakan harimau bintang yang terlepas dari zoo telah berjaya ditangkap dan mayat seorang pekerja zoo yang dibaham harimau bintang tersebut dijumpai berhampiran dengan lokasi harimau tersebut ditangkap. Akan tetapi yang mengejutkan Ayu ialah gambar pekerja zoo yang meninggal itu mirip dengan lelaki yang menyelamatkannya.
   
     Persoalan mula timbul di fikiran Ayu kerana hasil bedah siasat mengatakan lelaki tersebut telah meninggal selama seminggu sebelum dijumpai manakala dia diselamatkan lelaki tersebut cuma baru beberapa hari. Adakah lelaki yang menyelamatkannya manusia atau …..

Read more...

14 August 2011

Fakta Merapu Edisi 2

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan 



Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
 


Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.  



Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita




Read more...

13 August 2011

Kereta Tercantik 2011

     Korang nak tengok tak antara kereta-kereta yang tercantik pada tahun ni. Kalau nak tengok saye ada letak gambar diorang kat bawah. jom tengok.

Aston Martin V12 Zagato

 Ferrarj 599 GTO

Jaguar XKR-S

Porsche 918 Spyder Hybrid
 
dan tidak ketinggalan

err...

     Kalau nak beli memang tidak dapat ler, jadi bagi mengubat hati ini tengok kereta lawa pun jadi...tak gitu awoknyer...

Read more...

12 August 2011

Alligator Vs Ikan

Korang rasa kalau alligator lawan ikan mana satu yang menang? Mesti korang jawab ikan kan? Eh! silap... alligator kan? Tapi korang tau tak ada sejenis ikan yang boleh lawan alligator. Kalau korang nak tau kat bawah ni lah akan yang boleh lawan alligator tu...

dah sama besar dengan buaya je ikan ni
Nama ikan ni ialah ikan gal a.k.a Alligator Gar ("Gator Gar"), Atractosteus spatula. Ikan ni boleh membesar sehingga 10 kaki dengan berat sehingga 90 kg lebih kuranglah. Ikan ni dapat nama macam tu sebab muncungnya macam alligatorlah kan sebab nama pun alligator gar. Saye pernah tengok rancangan National Geographic dan ikan gal dikatakan pernah membunuh seekor alligator berukuran 4 kaki. Memang dahsyat betul ikan ni kan.

Read more...

08 August 2011

Korang Kenal La Paz ???


     Kalau korang pernah baca novel The Pearl karya John Steinbeck mesti korang tau La Paz tu kat mana. Bagi yang tak tau La Paz ialah ibu kota Baja California Sur,Mexico. Sebenarnya saye tiba-tiba terasa nak cari maklumat pasal La Paz ni sebab teringatkan novel The Pearl yang pernah saye belajar masa form 5 dulu. Setelah mencari pasal La Paz in kat Google Image saye jumpalah gambarnye.

Jernihnya air kat La Paz ni

  Apa yang diorang buat tu?

 
Bestnya bercuti kat La Paz kan?

 
Terkenal dengan permata dalam tiramnya (boleh di makan jugak)

Novel yang pemperkenalkan La Paz kepada saye..hehehe
Penulis novel The Pearl-John Steinbeck

Setakat ni saja buat kali ni..jumpa lagi...

Pesanan: saye selalu ingat kenangan masa sekolah dulu-dulu...



Read more...

06 August 2011

Awekku Lisa Surihani - Ceritera


     Namaku Doin a.k.a Don. Aku bukanlah jejaka pilihan wanita seluruh dunia tapi aku akui yang aku mempunyai aset yang penting bagi sorang lelaki iaitu wajah yang handsome. Walaupun ramai cikaro-cikaro diluar sana yang inginkan aku sebagai pakwe diorang tetapi tidakku layan.

     Hal ini kerana, aku sudah ada awek yang cun giler. Aku memang bangga kerana dalam banyak-banyak lelaki kat planet bumi ni dia pilih aku jadi boyfrend dia. Kalau aku sebut nama dia mesti korang tak percaya sebab awekku itu adalah Lisa Surihani. Korang jangan nak kata aku tipu atau jeles dengan aku kerana inilah realitinya Lisa Surihani tu awekku.

     Jadi korang mesti nak tahu macam mana Lisa boleh jadi kekasih aku kan? Disebabkan ceritanya panjang maka aku akan pendekkannya supaya korang tak bosan. Suatu hari tu aku tengah joging dekat taman rekreasi dekat dengan rumah aku tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menjerit minta tolong. Sebagai seorang lelaki yang baik hati pastinya aku pergi mencari tuan punya badan yang meminta tolong tadi dan setibanya aku di kawasan kejadian aku ternampak Lisa Surihani sedang dikacau sorang mamat psyko yang terlalu fanatik dengan Lisa.

     Tanpa berfikir panjang aku terus menyerang mamat psyko tu dengan segala langkah silat yang pernah aku pelajari suatu masa dahulu. Disebabkan sudah lama silatku tidak dipraktikkan menyebabkan aku cedera agak teruk ditendang mamat psyko tu tapi aku berjaya mengalahkannya. Disebabkan peristiwa tersebut aku dapat berkenalan dengan Lisa dan lama-kelamaan hubungan kami menjadi lebih erat sehinggakan kepada kekasih dia. Aku berharap agar hubungan ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu.


Catatan: Ini merupakan nota seorang pesakit mental bernama Doin yang dijumpai oleh doktor yang merawatnya. Doin menjadi begini setelah dia ditnggalkan kekasihnya Lia Suriram yang agak mirip dengan Lisa Surihani.

 cuba teka yang mana satu lia suriram....hehe

p/s: cerita ini hanya rekaan saye semata-mata, jangan terlalu percaya ye…

Read more...

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads