can U click me ?

Sini Best Jugak

31 December 2010

Zombi Buloh Gading

     20XX, sejenis virus merbahaya yang dikenali sebagai virus zombi telah ditemui di sebuah restoran yang menyediakan makanan segera di Amerika. Virus ini sangat merbahaya kerana setelah seseorang memakan makanan dari restoran tersebut mereka akan bertukar menjadi zombi. Akan tetapi virus tersebut mengambil masa selama setahun untuk menjadi matang dan menukar sesiapa yang memakan makan di restoran makanan segera tersebut menjadi zombi. Disebabkan restoran makanan segera ini boleh ditemui di seluruh dunia, maka virus ini telah merebak ke seluruh dunia apabila virus ini baru sahaja ditemui.

     Lima tahun setelah virus zombi ditemui, hampir seluruh penghuni bumi telah bertukar menjadi zombi. Akan tetapi terdapat segelintir manusia yang tidak dijangkiti virus zombi telah membina kubu bagi menghalang zombi-zombi ini dari menyerang mereka. Manusia telah membina kubu ini di tempat yang tinggi yang disokong oleh tiang-tiang konkrit agar zombi-zombi ini tidak dapat memasuki kubu-kubu ini. Kubu tersebut sangat tinggi dan besar sehinggakan dapat menampung hampir 10000 manusia. Kubu tersebut juga mempunyai bekalan makanan dan senjata yang mencukupi kerana hampir kesemua aktiviti sebelum virus tersebut belum merebak masih dijalankan. Tetapi zombi-zombi ini menjadi semakin bijak setelah memakan otak manusia dan telah mencuba pelbagai cara untuk memasuki kubu yang dibina manusia.

     Di sebuah kubu yang bernama Buloh Gading, beberapa pegawai yang mentakbir kubu tersebut kelihatan sedang mengadakan perbincangan bagi meningkatkan pertahanan kubu mereka. Salah seorang pegawai melaporkan terdapat sekumpulan zombi telah cuba memasuki sebuah kubu di Jepun dengan menggunakan tangga. Terdapat beberapa pegawai yang ketawa kerana mereka menganggap perkara tersebut melucukan disebabkan kubu-kubu yang dibina sangat tinggi. situasi yang berlainan pula yang berlaku kepada pegawai atasan kerana zombi-zombi ini semakin bijak dan mungkin zombi tersebut dapat memasuki kubu yang dibina. Setelah mengadakan perbincangan selama seminggu akhirnya mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah kumpulan penghapus zombi. Mereka juga mencadangkan kubu-kubu yang lain di seluruh dunia agar menubuhkan kumpulan tersebut.

     Kubu Buloh Gading telah memilih lima orang remaja yang mempunyai imunisasi terhadap virus zombi iaitu Man(ketua), Mar, Abu, Ayu, dan Ali. Walaupun Kubu Buloh Gading mengambil ahli pasukan yang paling sedikit berbanding kubu-kubu yang lain tetapi mereka merupakan kumpulan penghapus zombi yang paling cekap dan terkenal. Ini kerana mereka telah menjalani latihan yang intensif selama dua tahun. Sebaik sahaja mereka memulakan misi mereka yang pertama mereka telah membunuh hampir sejuta zombi dalam masa lima bulan sahaja kerana biasanya dua tahun diperlukan bagi sekumpulan penghapus zombi untuk membunuh zombi. Tambahan pula, mereka hanya menggunakan pisau rambo sahaja bagi membunuh zombi-zombi tersebut. Cerita tentang mereka tersebar luas sehingga mereka dipanggil sebagai The Legend Zombie Killer dan dihantar ke seluruh dunia bagi membantu negara-negara lain yang mengalami masalah menghapuskan zombi.

     Sehinggalah pada suatu hari, mereka telah mendapat misi bagi membantu pasukan membunuh zombi di Amerika bagi membunuh ketua zombi kerana mereka telah menemui tempat persembunyian ketua zombi. Tetapi, ini merupakan perangkap yang dibuat oleh ketua zombi agar dapat membunuh The Legend Zombie Killer ini. Sebaik sahaja mereka sampai di tempat persembunyian ketua zombi mereka telah diserbu oleh beribu-ribu zombi yang telah lama menunggu mereka. Bagi mereka ianya cuma sedikit sehinggalah ketua zombi tersebut muncul. Ketua zombi tersebut sangat kuat dan pantas sehingga mereka tidak dapat menyerangnya. Melihat rakan-rakan mereka telah cedera Man mengambil keputusan untuk mereka berundur, sebaik sahaja mereka cuba berundur Man telah diserang oleh ketua zombi dan terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka.

     Berita Man telah terbunuh cepat tersebar ke seluruh dunia kerana populariti mereka sebagai The Legend Zombie Killer. Akan tetapi mereka tidak tahu Man sebenarnya terselamat dari kejadiaan tersebut dan telah membunuh ketua zombi yang cuba membunuhnya. Tetapi luka yang Man alami telah terkena darah ketua zombi dan menyebabkan mutasi kepadanya dan ini tidak mengubah kewarasan Man malahan menyababkan dia menjadi lebih kuat dari sebelumnyaa. Tetapi kini dia telah menjadi zombi dan ini menyebabkan dia malu untuk kembali ke Kubu Buloh Gading.

     Disebabkan perubahan yang berlaku kepadanya, dia kini mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangannya bersendirian agar manusia dapat bebas dari masalah zombi ini. Begitulah kisah Zombi Buloh Gading ini berakhir. sekian .


Read more...

pantun nak komen

Adnan Sempit naik kereta

Dalam kereta ada speaker

Saya tahu saya ni mengada-ngada

Tapi lepas baca komen la sikit der

ads